Aktiviti luar anggotanya 2AM

Jo Kwon telah dipasangkan dengan anggota Brown Eyed Girls, Ga-in sebagai pasangan berkahwin olok-olok pada We Got Married Musim ke-2. Seulong dan Jinwoon turut membuat penampilan kerap sebagai pengulas untuk rancangan tersebut. Seulong memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam drama bersiri Personal Preference, yang mula keudara pada 31 Mac 2010.[19] Pada Jun 2010, Seulong berkerja sama dengan IU untuk lagu "잔소리 (Meleter)", yang menjuarai beberapa carta muzik atas talian.[20]

Dalam 2010, Jo Kwon menjadi anggota tetap Family Outing Season 2.[21] Jo Kwon turut menjadi pelakon untuk sitkom MBC, All My Love yang mula keudara pada 8 November 2010.[22]

Jinwoon pula merupakan sebahagian daripada Idol Maknae Rebellion ("아이돌 막내반란시대").